Thursday 16 March 2017

TEKNOLOGI MAKLUMAT ?

PENDAHULUAN
          
     Istilah ‘Teknologi maklumat’ muncul pada sekitar 1970-an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik, sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J.Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat.

        Pada akhir 1970-an, penciptaan mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yag semakin kecil dan mempunyai pelbagai fungsi. Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakuum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).








DEFINISI

i.    Sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk 
      menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat 
      mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

ii.   ICT adalah singkatan daripada Information and    
      Communication Technology (Teknologi Maklumat Dan 
      Komunikasi) yang merupakan  
      teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang 
      berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan  pemprosesan maklumat.

iii.  Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya 
       kepada internet dan komputer tetapi merangkumi 
       televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, 
       PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.









MANFAAT/KEBAIKAN

i.    Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses   
      pengajaran  dan pembalajaran.

ii.   Mewujudkan suasana yang meyeronokkan.

iii.  Dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.

iv.  Dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada 
       semua pelajar.


KEBURUKAN

i.    Fitnah mudah disebar.

ii.   Menjadikan seorang leka.

iii.  Terdedah kepada perkara tidak baik.

iv.  Peningkatan pengangguran.


FUNGSI

i.     Teknologi berfungsi sebagai alat (tools).

ii.    Teknologi berfungsi sebagai ilmu pengetahuan.

iii.   Teknologi berfungsi sebagai bahan dan alat bantu untuk 
        pembelajaran (BBM).

RUMUSAN

          Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat dapat membangun dengan fikiran yang inovatif dan kreatif. Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak memanfaatkan teknologi tersebut terhadap dirinya. Kebaikan ICT memang tidak dapat dinafikan, namun teknologi masa kini memerlukan pemantauan dan pengawasan yang sewajarnya agar tidak menimbulkan sebarang kesan negative. Masyarakat perlu saling mengingatkan antara satu sama lain bahawa ICT mampu memberi faedah yang berguna utuk kepentingan masa hadapan.


RUJUKAN